Coklat adalah sebuah makanan yang dihasilkan dari biji koko.
Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian kepada insan tersayang pada hari-hari istimewa seperti hari lahir, hari sahabat atau sempena ulang tahun perkahwinan. Dengan bentuk, rasa dan corak yang unik, coklat sering digunakan untuk berterima kasih, simpati atau prihatin. Dari dahulu lagi coklat merupakan sesuatu yang istimewa.
Coklat dihasilkan daripada koko atau nama saintifiknya Theobrama cacao yang mula-mula tumbuh di Amazon utara sehingga ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan mungkin juga membuat coklat di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar tahun 1000 SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok 'kakawa' yang buahnya digunakan sebagai minuman. Coklat juga dijadikan minuman pada zaman dahulu dan zaman sekarang.
![]() |
| Contoh gambar pokok koko Biji koko diambil untuk membuat coklat |
![]() |
| Contoh gambar coklat yang sudah siap diproses |
![]() |
| Contoh gambar 'hot chocolate' Minuman coklat boleh diminum sebagai minuman panas atau sejuk mengikut citarasa tersendiri :) |



0 comments:
Post a Comment